Sunday, 3 September 2017

HOME












POLITEKNIK SEBERANG PERAI

DUA6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

E-MAJALAH: HIBURAN MELAMPAU


NAMA :

Aznil Bin Ahmad Marzuki (10DTK15F1045)
Muhammad Amir Arsyad Bin Ishak (10DTK15F1108)
Muhammad Fakhrul Bin Roslan  (10DTK14F2007)
Kishenraj A/L Alagapan (10DTK14F1096)
Mohd Haffiz Bin Shadian (10DTK14F2026)

SOALAN: Hiburan melampau dikenalpasti sebagai punca keruntuhan akhlak remaja.

DEFINISI
Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, dan mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum untuk hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapa melihat perkembangannya dalam media massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Pekara inilah mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia.

HIBURAN MELAMPAU ???

    • Hiburan yang bercanggah dengan ajaran Islam, terutamanya hiburan yang mempunyai unsur-unsur khurafat, syirik dan bidaah.
    • Hiburan yang tidak membataskan atau mengamal percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu tempat berlakunya hiburan tersebut. Ini akan menyebabkan berlakunya pergaulan bebas terlampau antara lelaki dan perempuan tanpa ada segan silu, duduk berlaga bahu, sentuh menyentuh dan sebagainya yang kita lihat pada setiap konsert atau persembahan muzikal. Ini semua pasti membawa kepada zina dan dosa besar.
    • Hiburan yang tidak menitikberatkan masa atau waktu ibadat seperti diadakan program ketika waktu azan atau hampir dengan waktu beribadat. la juga membuang masa untuk jangka waktu yang yang panjang.

    Isi Kandungan:

    Pendahuluan

    Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini, Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang.

    Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

    Justeru kita lihat, keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai tunggak masa hadapan Negara kini semakin meningkat.Gelaja sosial semakin berleluasa, keselamatan benda awam terjejas, kesejahteraan ummat juga tidak terkawal.Secara terperincinya, pelbagai faktor yang menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”.Hal ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada masyarakat kita hari ini.


    Punca-Punca Hiburan Melampau Dalam Kalangan Remaja Masa Kini



    Pengertian Hedonisme: Apa itu Hedonisme? Hedonisme dalam bahasa Yunani, hedone berarti kegembiraan, kesenangan, atau kenikmatan. Secara sederhana, pengertian hedonisme adalah paham atau etika yang diwujudkan dengan gaya hidup yang menjadikan kenikmatan atau kebahagiaan sebagai tujuan utama dalam hidup. Hal ini sesuai dengan falsafah etika hedonisme yang berpandangan, bahwa kenikmatan atau kesenangan adalah realitas hidup yang tidak perlu dihindarkan dan setiap orang suka merasakan kesenangan atau kenikmatan


    Golongan Hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.



    Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa samada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan. Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.



    Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui  pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain.


    Langkah-Langkah Mengatasi Keruntuhan Akhlak

    PERANAN INDIVIDU


    • Mendekatkan diri kepada Tuhan.

    =Sentiasa melakukan ibadah seperti solat, berzikir dan membaca Al-Quran.

    =Dapat menimbulkan rasa insaf serta rendah diri.


    PERANAN IBU BAPA

    • Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil lagi ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    • Ibu bapa menjadikan diri mereka sebagai contoh terbaik untuk anak-anak mereka.

    • Mereka juga perlu memberikan didikan agama yang sempurna bagi mengelakkan anak-anak terjebak dalam gejala negatif, aktiviti yang tidak bermoral dan budaya kuning seperti:

    =Black metal

    =Punk

    • Mereka berperanan untuk membentuk generasi muda sekarang yang terdedah kepada gejala negatif luar kawalan yang boleh mendatangkan kemudaratan yang serius kepada mereka dan institusi keluarga.

    • Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai dan etika untuk menguruskan masa dengan baik.

    • Mereka harus memberikan perangsang dan galakan kepada anak-anak untuk berjaya.

    Garis panduan mengadakan acara konsert/persembahan dalam hiburan dalam islam


    • Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, mmburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala jugatiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

    Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya:

    “sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa (16).
    (Taaha : 15-16)

    • Sesuatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya,

    “Tidaklah ada diantara orang muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku’nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya.
    (HR Muslim)

    • Tidak ada muzik / nyayian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada ransangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa. Oleh itu nyayian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:

    “Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya, (Al Qasas : 55)
    Sesungguhnya Alllah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) memebenarkan atau mendustakannya.
    (HR Bukhari dan Muslim)

    • Hendaklah hiburan yang tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

    • Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan ransangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

    Allah berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:
    “Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi ‘auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.
     (Al A’raf : 26)
    Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka:
    Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.
    (HR Muslim)
    Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi ( penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).
    (HR Tamidzi)

    • Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

    “Sekirannya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam,dr rokiah) 
    (HR Baihaqi)

    • Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adlah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.

    Firman Allah SWT:
    Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut dan manja ( semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikianboleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Al Ahzab : 32)
    Dan Rasulullah SAW juga Bersabda:
    Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.
    (HR Ibnu Majah)




    No comments:

    Post a Comment